Jam 0301
Nak nangis boleh?
Kenapa asyik kecewa macam ni?
Dah tahu bakal sakit, masih tegar mencari.
Dah tahu akan pedih, gatal pergi tengok.
Dah tahu hati akan sayu, kenapa pergi taruhkan harapan tinggi..?
Dah tahu kan alia?
Kenapa diri ini tak pernah sedar?
Kenapa diri ini masih lalai?
Kenapa perlu pisang berbuah berkali-kali dan kali?
Kenapa alia?
Kenapa hati ini lembut menyayangi?
Kenapa hati ini begitu mudah tersentuh?
Kenapa hati ini masih jatuh cinta?
Dan kenapa kepada yang takkan pernah sudi?
Tidakkah pengalaman lalu mengajar?
Tidakkah kesakitan lalu masih membelengu diri?
Tidakkah mahu bahagia dan bukan derita?
Kenapa alia ? Kenapa?
Bertepuk sebelah tangan bukanlah hakikat yang mudah untuk diterima ....
Bangun lah .
Bangun lah dari mimpi dan angan kosong ini.
Bangun lah .
Bangun lah dari kesakitan lalu.
Sedar diri tu. Siapa lah kita.
Siapa lah kita ni alia.....
Comments
Post a Comment