membesar.

Assalamualaikum.

Ingin dinyatakan, tajuk membesar di atas langsung tidak dikaitkan dengan fizikal ku yang semakin hari semakin kembang ni. Membesar yang inginku nyatakan di sini ialah peningkatan usia. Ya, 2 3 hari ni jiwaku kalut dan gundah. Segala bayangan masa depan semakin menakutkan dan kelihatan suram. Pekara-pekara indah yang pernah ku bayangkan semasa kecil dulu kian pudar dan hilang. Terasa seperti masa depanku, bukan hanya pada diriku, malah pada dunia kini kian kelam. Hanya kabus yang kelihatan. Di sebalik kabus pula hanya perit yang dapat kulihat. Apakah? Apa makna semua ni?

Jika dilihat sekarang, dunia ini semakin parah. Fitnah berleluasa, negara dipimpin dalam keadaan yang goyah. Apakah masa depan masyarakat Malaysia? Kekal aman atau bakal huru hara seperti negara-negara lain? Huru hara mungkin? Banyak sangat anasir-anasir yang mengundang keamanan yang dapat kita lihat sekarang. Menuduh, tertuduh, pembunuhan, rompakan dan banyak lagi. Ditambah lagi dengan medium media massa yang memberikan impak yang besar kepada generasi sekarang. Dan semestinya kepadaku juga.

Entry ini tidaklah bermakna. Niatku hanya ingin meluahkan apa yang aku rasa. Aku semakin takut untuk hidup di dunia ini. Takut menghadapi masa depan. Masih ada lagikah masa depan? Dunia kian menemui akhirnya.
Berdoalah pada yang Esa.

SEKIAN.

Comments

Popular posts from this blog

Tunangan Orang

HEARTS (2)

salam october~