matlamat.


MATLAMAT TAK MENGAHALKAN CARA.
*hanya ayat catchy, langsung takde kaitan dengan entry ini.

masa kecik-kecik dulu, matlamat yang ada tersemat di hati hanyalah mencari bahagia dan keseronokkan. apa-apa pon kira jalan. asal hati happy, asal hati senang dan gembira. pengaruh cerita-cerita colourful bob and the builder, higglytown heroes, barney, sesame street, teletubbies dan mickey mouse and friends.

bila dah besar sikit, dah 'nampak kot' matlamat. dah pikir cita-cita.  nak jadi cikgu la, polis la. masa tu semua cita-cita murni je. matlamat : nak jadi penyelamat. hero. setidak-tidaknya pekerjaan yang memberikan sumbangan secara langsung. matlamat, menyelamatkan bumi. pengaruh cerita-cerita superhero ultraman, transformer, masked rider, power rangers dan tak lupa wonderpets.

bila dah besar, matlamat makin clear. semua nak cemerlang. nak excel. matlamat : nak jadi best student. study kemain. buku dikelek ke sana ke mari. buat latihan addmath sampai gila. belajar belajar dan terus belajar. tapi hati? kosong.

bila dah besar gedabak. mula nampak. mata terbukak. hati dirobek. matlamat : kembali mencari matlamat. apa sebenarnya? apa sebenarnya yang dikejar? keseronokkan kah? menjadi hero kah? atau menjadi the best student?

APA?

kaki mula melangkah ke universiti. ke dunia luar. luas rupanya dunia ini. ketiga-tiga matlamat yang pernah ada dalam diri ini terpecah, terbelah. namun, hanya satu yang mampu kita pilih.

keseronokkan? jatuh la kita, jatuh la akhlak, jatuh la agama.
menjadi pejuang? hero? ditangkap. dikatakan pembelot. dikatakan lari daripada perjuangan bangsa sebenar.
best student? sibuk mentelaah. terputus hubungan dengan dunia luar. tak tahu apa-apa tentang nasib negara sendiri.

mampukah kita untuk mencapai ketiga-tiga matlamat sekaligus?
atau kita akan ternoda dengan hanya satu matlamat?

Comments

  1. kena faham Alia hidup ni kejap je. kaya kat dunia, bahagia. tp tak semesti bahagia kat sana.

    kena nampak hidup kat sana.
    sebab tu matlmat kita yg ultimate bukan di sini. sini hanya persinggahan.

    kita kan nk jd abid kepada Allah, 24/7 dan jd khalifah.. bawa cara Islam
    tu la mtlamat yg jelas dan hasil di sana.

    eh xde kaitan ke?

    ReplyDelete
  2. emm. ada. tapi tu la. maksud aku mcm apa yg org sekarang tgh kejar. ntah.. cm tu ha. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tunangan Orang

HEARTS (2)

salam october~