be thankful :)
ALHAMDULILLAH.
syukur ke hadrat ilahi, aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna.
syukur ke hadrat ilahi, aku dilahirkan dalam keadaan yang tiada cacat cela.
syukur ke hadrat ilahi, aku dilahirkan dalam beragama islam.
syukur ke hadrat ilahi, aku masih bernafas untuk meneruskan perjuangan ku ini.
alhamdulillah.
@aku tinggal di negara yang cukup tenang walaupun terdapat pergolakkan politik, namun, hidup yang damai masih boleh dikecapi.
@aku tinggal di kawasan yang selamat dan dikelilingi ahli keluarga tersayang. sebuah persekitaran yang sihat untuk menjana peribadi.
@aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup aku sayangi dan disertai didikan yang seimbang dunia dan akhirat.
wahai manusia, berfikirlah sejenak. terlalu banyak pekara untuk kita syukuri sepanjang hidup ini. oleh itu,,
kenapa perlu kita bergundah gulana?
kenapa perlu bersedih dan kecewa?
kenapa harus menyalahkan takdir dan ketentuan yang ditetapkan?
cukuplah menyalahkan takdir dan mengatakan bahawa hidup ini tidak adil. kerana sesungguhnya, DIA maha mengetahui tentang apa yang baik dan buruk bagi kita.
bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
mudah-mudahan hidup kita bertambah baik.
InsyaALLAH
aku bersyukur dan berterima kasih pada-Mu YA ALLAH.
ALHAMDULILLAH :)
Comments
Post a Comment