:idea:

hari yang baik. cuaca yang tenang. keadaan yang aman.

Alhamdulillah.

pagi ini, hati aku tergerak untuk mengemaskan ruang kamarku. setelah berpuas hati, tanganku pantas mencapai majalah Remaja yang telah lama ku beli untuk dibaca. aku masih ingat ketika di maktab, majalah ini menjadi bahan bacaanku. namun, aku hilang minat terhadap majalah ini kerana fesyen yang dibawa mereka padaku menyimpang daripada agama dan prinsip hidupku. nauzubillah..

tetapi bukan itu yang ingin aku katakan. isi kandungan Remaja menarik hatiku.
BLOGGERS BLOGGERS yang semakin popular. menarik bukan? ramai yang telah menjadi glamour dengan hanya menulis blog. aku kagum. rajinnya mereka. blog blog mereka amat menarik dan cantik. jauh api dari panggang jika nak dibandingkan dengan blog aku. aku tidak sangka ramai yang menjadikan blog ini satu kerja yang serius. memang menarik.




berbeza dengan aku, blog ini hanya sekadar tatapanku dan tempat aku membebel seorang diri. yela, di rumah hanya ada adik bongsuku. aku sunyi dan bosan. lebih menarik lagi, aku tidak ingin blog ini diketahui umum. pelik kan? :)

apa apa pun, asal aku bahagia. aku tak kisah apa orang nak kata.

hidup aku, cara aku..:D

Comments

Popular posts from this blog

Tunangan Orang

HEARTS (2)

salam october~