Assalamualaikum. Ingin dinyatakan, tajuk membesar di atas langsung tidak dikaitkan dengan fizikal ku yang semakin hari semakin kembang ni. Membesar yang inginku nyatakan di sini ialah peningkatan usia. Ya, 2 3 hari ni jiwaku kalut dan gundah. Segala bayangan masa depan semakin menakutkan dan kelihatan suram. Pekara-pekara indah yang pernah ku bayangkan semasa kecil dulu kian pudar dan hilang. Terasa seperti masa depanku, bukan hanya pada diriku, malah pada dunia kini kian kelam. Hanya kabus yang kelihatan. Di sebalik kabus pula hanya perit yang dapat kulihat. Apakah? Apa makna semua ni? Jika dilihat sekarang, dunia ini semakin parah. Fitnah berleluasa, negara dipimpin dalam keadaan yang goyah. Apakah masa depan masyarakat Malaysia? Kekal aman atau bakal huru hara seperti negara-negara lain? Huru hara mungkin? Banyak sangat anasir-anasir yang mengundang keamanan yang dapat kita lihat sekarang. Menuduh, tertuduh, pembunuhan, rompakan dan banyak lagi. Ditambah lagi dengan medium media...
MATLAMAT TAK MENGAHALKAN CARA. *hanya ayat catchy, langsung takde kaitan dengan entry ini. masa kecik-kecik dulu, matlamat yang ada tersemat di hati hanyalah mencari bahagia dan keseronokkan . apa-apa pon kira jalan. asal hati happy, asal hati senang dan gembira. pengaruh cerita-cerita colourful bob and the builder, higglytown heroes, barney, sesame street, teletubbies dan mickey mouse and friends. bila dah besar sikit, dah 'nampak kot' matlamat. dah pikir cita-cita. nak jadi cikgu la, polis la. masa tu semua cita-cita murni je. matlamat : nak jadi penyelamat . hero. setidak-tidaknya pekerjaan yang memberikan sumbangan secara langsung. matlamat, menyelamatkan bumi. pengaruh cerita-cerita superhero ultraman, transformer, masked rider, power rangers dan tak lupa wonderpets. bila dah besar, matlamat makin clear. semua nak cemerlang. nak excel. matlamat : nak jadi best student . study kemain. buku dikelek ke sana ke mari. buat latihan addmath sampai gila. belajar belajar d...
Assalamualaikum, Sesungguhnya, sebagai seorang wanita menjadi Domestic Helper atau bahasa indahnya Suri Rumah perlu dijadikan impian. Seorang wanita perlu bercita-cita menjadi seorang isteri dan ibu mithali pada suatu hari nanti. Okay merepek. Post ini sememangnya dibuat setelah sesi mengemas rumah dilaksanakan. Oh penat. Sesi ini tidak lagi disertakan dengan aktiviti memasak atau menjaga anak. Kini, aku paham perasaan seorang ibu atau suri rumah menjaga kebajikan rumah mereka. Segalanya perlu dilakukan tanpa bantuan sesiapa (kepada yang tiada org gaji). "Mak, Mak Long, Kak Lina, Wan serta semua aunties ku di luar sana, segala pengorbanan dan kesusahan yang dilalui kalian Alia fahami. Mungkin suatu hari nanti Alia akan lalui juga, jika diizinkan ALLAH". Kata-kata seorang remaja yang penuh dengan angan-angan. Dah, dah. Main point disini adalah, sila hargai wanita-wanita disekeliling anda wahai lelaki. Mereka sangat awesome dan powerful. Dan ingatlah, syurga di bawah tap...
Comments
Post a Comment