Domestic Helper.
Assalamualaikum, Sesungguhnya, sebagai seorang wanita menjadi Domestic Helper atau bahasa indahnya Suri Rumah perlu dijadikan impian. Seorang wanita perlu bercita-cita menjadi seorang isteri dan ibu mithali pada suatu hari nanti. Okay merepek. Post ini sememangnya dibuat setelah sesi mengemas rumah dilaksanakan. Oh penat. Sesi ini tidak lagi disertakan dengan aktiviti memasak atau menjaga anak. Kini, aku paham perasaan seorang ibu atau suri rumah menjaga kebajikan rumah mereka. Segalanya perlu dilakukan tanpa bantuan sesiapa (kepada yang tiada org gaji). "Mak, Mak Long, Kak Lina, Wan serta semua aunties ku di luar sana, segala pengorbanan dan kesusahan yang dilalui kalian Alia fahami. Mungkin suatu hari nanti Alia akan lalui juga, jika diizinkan ALLAH". Kata-kata seorang remaja yang penuh dengan angan-angan. Dah, dah. Main point disini adalah, sila hargai wanita-wanita disekeliling anda wahai lelaki. Mereka sangat awesome dan powerful. Dan ingatlah, syurga di bawah tap...